Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

FAKTA-FAKTA MENGENAI ARNAB





Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.

2 comments: