Search This Blog

Sunday, August 29, 2010

haiwan kesayangan ku.........




first sekali aku bli 3 ekor new zealand white..baru berusia 1 bulan..2 ekor mati..sekor sbb mati strees mungkin terkejut sbb adik aku g btulkan pintu sangkar arnab..yang sekor lagi mati sebab makan daun keledek yg segar..kena cirit birit..Kesemua arnab aku beli pakai duit aku..yang aku simpan pada mak aku..orang dapat duit pinjaman PTPTN..belanja sakan..aku lak g beli arnab..saje beli sebab boleh hilangkan strees..lagi aku beli nie pun saja nak uat eksperimen tentang habitat dan sifat binatang nie..sebab aku tngok harga arnab kt pasaran memang tinggi..lagi2 kt arnab bangsa import..smpai mencecah harga RM300 pon ada..

Thursday, August 12, 2010

FAKTA-FAKTA MENGENAI ARNAB





Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.

Tuesday, August 10, 2010

bagaikan puteri




Jika aku jadi bintang
Kan ku berikanmu
Cahaya sinar cinta
Yang terapung bagaikan puteri
Yang cantik sekali
Indah senyummu penawar hati

(**)
Kau gadisku mimpi
Dalam tidurku
Tak puas malamku bersamamu.. oh
Ku berlari jauh mengejar cintamu
Agar kau kan menjadi milikku

(*)
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu ..

oooh yeahh..

(Ulang *)
(Ulang **)

Friday, August 6, 2010

Maksud Tarikh Lahir Anda

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.


- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


aku punya keputusan jatuh no 7..Golongan intelektual..mungkin betul kot sebab aku memang banyak berfikir..tapi berfikir macamna aku nak mencapai sasaran aku..hihi~bukan fikir perkara-perkara negatif yea..Banyak juga kelemahan diri orang no 7 nie.Tp semua yang di nyatakan memang benar dan serupa dengan sikap aku.

RAKAN-RAKAN GROUP ASSINGMENT



Terima kasih pada semua kawan-kawan rapat aku yang memberi kerjasama yang baik semasa membuat tugasan yang di berikan oleh pensyarah..Jasa baik kalian akan ku kenang sampai bilal-bila....

Sunday, August 1, 2010

Sifat-sifat Mohd Ayub

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Mohd Ayub lahir pada bulan September.
Sifat orang yang lahir pada bulan September biasanya:
1: Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
2: Sangat cermat, teliti & teratur.
3: Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
4: Pendiam tapi pandai bercakap.
5: Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
6: Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
7: Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
8: Sangat sensitif yang tidak diketahui.
9: orang yang banyak berfikir.
10: Daya pentaakulan yang baik.
11: Otak bijak & mudah belajar.
12: Suka mencari maklumat.
13: Kawal diri dari terlalu mengkritik.
14: Pandai mendorong diri sendiri.
15: Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
16: Suka sukan, hiburan & melancong.
Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah