Search This Blog

Thursday, February 24, 2011

Membekal Pisang Tanduk



*Harga:RM2.80 per kg.(ambil sendiri)
*Penghantaran di sediakan(RM3.10 perkg)
*Berat dan kuantiti:3 tan hingga 10 tan Sebulan.
*Area:Tangkak,Johor

Berminat sila call :012-9786905(En Fendy)....

Memajak Tanah Pertanian (Kelapa Sawit)




Memajak Tanah Pertanian(kelapa sawit)

*minima 300 hektar.tiada maksimum.
*memajak kilang dan semua peralatan (jika ada)
*Pekerja lama kilang juga turut digunakan(jika ada)
*nilai yang ditawarkan dari RM10 juta-RM 20 juta.(mengikut penilaian yang dibuat)
* berminat memajak dikawasan antara negeri johor,melaka dan negeri sembilan.
*berminat sila call En Fendy:012-9786905

Monday, February 21, 2011

FAKTA BIOLOGI ARNAB


Jangka hayat : 5 ke 10 tahun

Tempoh kesuburan : 1-3 tahun

Tempoh bunting : 28 ke 35 hari

Tempoh cerai susu : 6 ke 8 minggu

Umur matang : 4 ke 10 bulan

Umur dikahwinkan : 6 ke 12 bulan

Mengawan semula : 2 minggu selepas cerai susu
(anak diasingkan dari ibu)

Kitaran kelamin : Poliestrus dalam
tempoh setahun ,
sekurang-kurangnya 5 kali bunting setahun

Kitaran berahi/mengawan : Sekitar 2 minggu

Jangkamasa estrus : 11 ke 15 hari

Pengovulan : Berlaku 9 ke 13 jam
selepas disenyawakan

Masa subur : 1 ke 2 jam selepas
disenyawakan

Purata anak yang dilahirkan : 4 ke 10 ekor
(bergantung pada baka)

Jumlah darah : 40ml/kg berat badan

Berat arnab dewasa : Bervariasi ,
bergantung pada baka , jantina dan
faktor penjagaan.

Sunday, February 20, 2011

Diri Ku

Bahaya Minum Teh Ais!!!





Siapa tak suka minum teh ais? Rasanya yang manis,membuatkan teh ais menjadi minuman kegemaran orang ramai.

Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan dari warung hinggalah restoran mahal.

Tapi tahukah korang, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merbahaya bagi kesihatan.Kajian di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahawa minum teh ais berlebihan dapatmeningkatkan risiko sakit Batu Karang!

Teh ais mengandungi salah satu bahan kimia yang memacu pembentukan batu karang di dalam badan kita.

"Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang,teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten professor Departmen Urologi.

Secara teorinya,Batu Karang adalah batu kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, ginjal atau saluran kencing.Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Kajian juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan buruk. Mereka menyebut antara lainnya bayam, cokelat, kacang, garam, dan daging.

Sebaiknya,pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu haruslah secara terancang demi kesihatan ginjal.Makanan yang tinggi kalsium adalah sangat baik sekali untuk kesihatan kita.Dan yang paling penting,perbanyakkan lah minum air putih (air suam)

Saturday, February 19, 2011

Drama Ayoub



Sinopsis Ayoub
Menceritakan tentang Ayoub seorang yang sabar dan gemar bersedekah.

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.
Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.

Tonton Samarinda setiap Selasa – Khamis bermula 23 Nov nanti di TV3

Friday, February 18, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

aku memang x suka makan taugeh



aku memang paling benci makan taugeh.aku sanggup asingkan mee ngan taugeh bila makan kt kedai..Huhu~x tau lar napa..sayur lain semua aku makan..tapi sayur yang ini jer aku paling x suka..Dulu masa kt asrama..ramai kawan2 aku panggil aku dengan nama nickname"Ayoub Taugeh"..hihi~aku x kisah pon..janji nama tu tiada unsur2 kejahatan.aku start x makan taugeh sejak lahir lagi..aku pon tak tau napa..kadang2 mak aku saja jer dengki aku masak sayur taugeh tumis air..adoi..aku punya lar pening kepala bila nak makan..kadang2 tue aku aku goreng jer telur..x pon masak sendiri.aku kt rumah memang keja aku memasak..jadi tak de masalah kalau aku nak masak.dan biasanya aku masak ngan ekspress..hihi~10 minit..smua dah siap masak.hihi~air minum dah siap atas meja..

Thursday, February 17, 2011

Ciri-Ciri Konsep "Setaraf" Dalam Pernikahan


Pendahuluan: Dalam satu pernikahan, dibolehkan bagi seorang wanita menolak pinangan seorang lelaki dengan alasan ‘tak setaraf’. Syariat membahasakan hal itu dengan istilah kafaa’ah. Oleh yang demikian, apakah yang dimaksudkan dengan kafaa’ah itu?

Kafaa’ah secara bahasa adalah mashdar dari kata kaafa’a, yukaafi’u, yang bererti persamaan. Akar kata bendanya adalah al-kufu’ yang bererti setara atau sepadan. Hal ini seperti firman Allah ta’ala:

“dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [Al-Ikhlash: 4].

Adapun secara istilah kafaa’ah bererti: kesamaan atau mendekati kesamaan antara lelaki (yang hendak melamar) dengan wanita (yang akan dilamar) dalam hal-hal tertentu seperti: agama, keturunan, kemerdekaan, pekerjaan, dan yang lainnya.

Ciri Pertama: Agama dan kesolehan

Semua ulama memasukkan ciri agama dalam kafaa’ah pernikahan.

Allah ta’ala berfirman:
“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran” [Al-Baqarah: 221]

“Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka; maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka” [Al-Mumtahanah: 10]

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” [At-Taubah: 71].

Ayat di atas menunjukkan bahawa seorang muslimah haram hukumnya dinikahi oleh lelaki kafir. Para ulama telah sepakat tentang hal ini.

Allah ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu” [Al-Hujuraat: 13].

Al-Qurthubi rahimahullah berkata:
“Dan dalam ayat ini menunjukkan bahawa ketakwaan adalah hal yang dipertimbangkan di sisi Allah ta’ala dan Rasul-Nya, bukan keturunan dan keturunan” [Tafsir Al-Qurthubi, 16/345].

Cabang dari permasalahan ini adalah: Para ulama membenci seseorang menikahkan anak wanitanya dengan orang yang fasiq. Ia adalah kafaa’ah dalam hal ‘afifah (kehormatan diri).

‘Abdul-Qaadir bin ‘Umar Asy-Syaibani rahimahullah berkata:
“Orang yang fasiq ditolak persaksian dan riwayatnya. Hal itu merupakan kekurangan dalam hal kemanusiaan dirinya. Maka, tidak ada kecukupan dalam keadilan” [Nailul-Ma-aarib, 2/156].

Jika orang fasiq dianggap tidak memiliki kafaa’ah dalam ‘afiifah, maka mubtadi’ lebih-lebih lagi. Para ulama sangat membenci seseorang yang menikahkan anaknya dengan seorang mubtadi’ (yang belum keluar dari lingkup Islam). Namun jika kebid’ahannya menyebabkan ia keluar dari Islam, maka hukumnya adalah sebagaimana hukum pernikahan seorang wanita dengan lelaki kafir (iaitu haram).

Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah berkata:
“Ahlul-bid'ah jangan dinikahkan (dengan wanita Ahlus-Sunnah), jangan menyerahkan kepada mereka untuk dinikahi, jangan mengucapkan salam kepada mereka, jangan solat di belakang mereka dan jangan saksikan jenazah-jenazah mereka” [Al-Mudawwanah, 1/68].

Wednesday, February 16, 2011

Tugasan Subject OSHA...






subject OSHA..adalah subject agak mudah di fahami..sebab dia melibatkan isu-isu kemalangan di tempat kerja..Kami semua seramai 3 orang telah memilih Tenaga Kimia Sdn Bhd sebagai syarikat yang akan kami interview nanti.walaupun pada asalnya kami ingin interview kilang yang lebih berbahaya yang membuat peluru senjata api bagi pihak polis dan pihak tentera.Namun dengan undang-undang yang ketat dan masalah2 lain..saya dan kawan saya terpaksa interview kilang yang bersebelahannya. Tenaga kimia Sdb Bhd telah mengeluarkan bahan letupan untuk aktiviti kuari dan sedikit untuk ketenteraan.Kami telah berjaya mendapat kerjasama dengan pengurus Tenaga Kimia Sdn Bhd iaitu En Haizat.Terima kasih kepada En Haizat kerana membantu kami memberi maklumat bagi menyiapkan tugasan ini sehingga kami dapat markah tertinggi tugasan kumpulan dalam matapelajaran tersebut.Terima kasih juga kerana telah belanja kami minum air milo ais di kantin syarikat.

Sunday, February 13, 2011

Dekatny Hari Qiamat




Bismillahirrahmanirrahi... Alhamdulillah.. telah diizin kan Allah utk ana menulis lagi di ruangan ini.. insyaAllah ingin ana berkongsi Dekat Nya Hari Qiamat..
Diadalam Al-Quran dan Hadith telah banyak menceritakan tentang bertapa dekatnya hari qiamat.. Sepertimana Firman Allah Yang Bermaksud :
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka. Sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling(daripadaNya)" -Al Anbiya':1-
Firman Allah lagi yang bermaksud :
"Dan tahukah kamu(hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya" -Al-Ahzab:63-
Allah swt juga berfirman didalam surah Al Ma'arij yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka memandang seksaan itu jauh(mustahil), sedangkan KAMI memandangnya dekat(pasti terjadi)" -Al Ma'arij:6-7-
Sahabat-sahabat sekalian.. banyak ayat-ayat yang lain yang menunjukkan telahdekatnya hari kemusnahan atau hari kesudahan dunia untuk menuju ke Alam Akhirat.. yang setiap manusia akan memperolehi hasil amalan-amalan mereka.. jika baik.. maka akan dibalas baik.. jika buruk maka akan dibalas buruk..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dan hari Qiamat seperti dua perkara ini" Nabi s.a.w mengisyaratkan dua jari-jarinya dan menjarakan nya..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dalam permulaan Hari Qiamat"
sabda Nabi s.a.w lagi.. "Ajal kamu diantara solat asar dan terbenamnya matahari"
Daripada Ibnu Umar berkata: "Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w dan waktu itu matahari sudah tertutup gunung Quaiqi3an, setelah asar Nabi bersabda"Tiadalah umur kamu dibandingkan dengan unur orang terdahulu kecuali seperti sisa siang hari yang sudah berlalu"
Ini menunjukkan bahawa sisa tersebut termasuk sesuatu yang sedikit, tetapi ketentuannya tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah dan tidak ada satu pun ketentuan waktu yang sah riwayatnya daripada Rasulullah s.a.w... Akan tetapi waktu yang tersisa sangat sedikit dibandingkan dengan waktu (usia dunia) yang telah lewat..
Tidak ada yang lebih jelas daripada sabdanya tentang telah dekatnya Qiamat,"Saya diutuskan bersama dengan Qiamat, sungguh dia hampir mendahului ku." ini menunjukkan sangat dekatnya hari qiamat sehingga Nabi khuatir akan didahului Hari Qiamat... wallahuaklam..
-DIPETIK DARI BUKU TANDA-TANDA QIAMAT-

Disebalik valentine day



Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

(Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)

Saturday, February 12, 2011

Rahsia ais dan air sejuk




■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

makanan dan hikmah

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Janganlah Menyeksa Binatang




Selama ni antara gambar yang aku suka tengok ialah gambar kucing. Macam-macam karenah kucing dan aku banyak terbuai dengan topik kucing. Memang best. Dahulu aku pun pernah bela kucing. Tapi bila aku baca artikel ni hati aku jadi sedih dan sakit hati pada pembunuh kucing. Mungkin pembunuh kucing ni masih kanak-kanak agaknya tapi aku tetap geram sangat. Tiada nilai kasih kasih sayang dalam diri kanak-kanak macam tu. Kalau dalam usia yang masih kecil sudah berlaku kejam dan zalim, bagaimana agaknya kalau mereka ni dah besar.

Anak kucing di seksa sampai mati

Anak-anak kucing ini mati akibat perbuatan kanak-kanak yang sering main tembak-tembak dengan peluru getah dan menyiksa anak kucing itu dengan mengikat leher dengan tali.

[LEFT]Di suatu desa, 4 ekor anak kucing dari seekor ibu kucing disiksa sampai mati. Menurut pemilik kucing, pada pagi hari mereka mendengar tangisan kucing yang memilukan. Mereka segera turun ke halaman dan menemui bahawa anak-anak kucing, 4 ekor, telah disiksa sampai mati, dan (mayatnya) sengaja diletakkan didepan ibunya.

Seekor anak kucing lehernya diikat dengan tali dan badannya direntangkan, dengan dada teriris terbuka menunjukkan jantungnya diiris-iris dan lukanya terlihat. Sementara ketiga ekor anak kucing lainnya, kepala mereka dipijak (sampai remuk).

Menurut pengamatan wartawan, lubang peluru yang ada di kepala anak kucing tersebut berasal dari peluru pistol mainan. Kira-kira, pada malam seseorang menggunakan pistol mainian untuk memukuli anak-anak kucing tersebut sampai mereka tidak dapat lari, sebelum meneruskan menyiksa anak-anak kucing tersebut sampai mati, dan secara sengaja meletakkan anak-anak kucing tersebut di sebelah ibu kucing.

Ibu kucing yang malang tersebut terus menjilat bulu-bulu anaknya, seperti berharap hal itu akan menghidupkan kembali anak-anak kucing yang malang itu. Si pemilik kucing sendiri sampai tak mampu berkata-kata, menangis dan berharap penyiksa kucing tersebut dapat ditemukan.

Thursday, February 10, 2011

25 Ciri Usahawan Berjaya










JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat, usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan. Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.

Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:

1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal pernia¬gaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab ter¬hadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengu¬bah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

Zodiak Virgo



Virgo Jantan

Kamu memiliki rasa ingin tahu yang besar terhadap wanita. Makhluk sempurna ini adalah sesuatu untuk kamu melakukan eksperimen dan mempelajari segala hal tentangnya. Dari sisi seks, ini adalah pengalaman yang tidak boleh terlewatkan, kamu menyediakan waktu dan hasrat untuknya. Kamu tertarik di segala hal yang dapat mengembangkan karir. Kamu sangat tertarik dengan berapa banyak uang yang dapat dibuat pasangan kamu. Kamu dapat menjadi figur ayah jika pasangan kamu membiarkan kamu terlalu melindungi. kamu hanya melamar atau berkomitmen lebih jauh setelah waktu yang cukup lama dan jika kamu yakin 100% hubungan akan bertahan. Kamu merasa perlu agar pasangan dapat mendukung dan meningkatkan karir dan membuat rumah sebagai tempat yang bersih dan nyaman. Kamu tawarkan keamanan, kepercayaan dan kesetiaan.

Virgo Betina

Kamu memiliki standard yang tinggi terhadap pria idaman dalam hidup kamu. Kamu memaksa pasangan kamu untuk super bersih dan praktikal serta memiliki tujuan. Standard kamu cukup tinggi dan oleh karena itu kamu membutuhkan waktu cukup lama dalam mencari seseorang yang kamu rasa cukup berharga untuk diajak berkomitmen. Kamu cenderung menikah di usia yang dewasa dan hanya jika si ksatria datang dengan senjata yang mengkilap. Kamu adalah ibu rumah tangga yang sempurna, orang tua yang tegas dan pasangan yang baik. Kamu juga menarik di tahun pertengahan dan biasanya menarik banyak pria di usia tersebut.

Wednesday, February 9, 2011

Jenis-Jenis Arnab




KEPERBAGAIAN HASILAN ARNAB
A) Arnab Daging
1. New Zealand White
2. Californian
3. Carolina
4. New Simonaire

B) Arnab Bulu
1. Rex
2. Angora

C) Kulit dan Daging
1. English Lops
2. Champagne d’Argent
3. Chinchilla American

MAKANAN TAMBAHAN

Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.

Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

Area rumah flat aku...



huhu~aku bangun pagi jer..tngok dinding flat aku dah berconteng..buat hati aku panas jer budak2 nie..abis dinding rumah flat aku ngan ayat2 jiwang diaorang..aku tak marah klau diaorang nak berkarya..tapi biarla kena tempatnya..aku tengok pon rumah flat aku dah mcm apa...huhu~dah x mcm kawasan rumah..aku pernah terserempak budak2 flat yang duk melepak kat tepi tangga sampai lewat malam..perempuan lak tue..siap ada bodyguard lagi..laki2 dia lak macam bagus jer pandang aku..huhu~aku tau pak cik n mak cik kt area flat tu tanya aku..sapa yang buat benda conteng2 nie..ntah lar.tapi aku memang anti budak2 yang ada sifat vandalisme nie..